suria

Nenek usia 50 tahun jadi bualan ramai, digelar Pamela Anderson versi Australia

Dalam video tular itu, dia mengenakan bikini merah, persis pakaian yang digayakan dalam filem Baywatch.

SEORANG wanita berusia 50 tahun diberi gelaran 'nenek paling hot' selepas meniru gaya Pamela Anderson menerusi watak ikonik dalam filem Baywatch.

Berusia 50 tahun, Gina Stewart yang juga nenek kepada seorang cucu turut diberi jolokan Pamela Anderson versi Australia.

Malah, ramai yang turut memuji wajah serta fizikal tubuhnya yang kelihatan masih muda.

Dia turut mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya di Instagram.

"Kepada peminat Pamela Anderson, ini hanyalah lakonan semula filem itu yang saya lakukan secara suka-suka," ujarnya.

Dalam video tular itu, dia mengenakan bikini merah, persis pakaian yang digayakan dalam filem Baywatch.

Malah, ada pelayar Instagram yang meninggalkan komen, mendakwa Gina sebagai wanita paling cantik di dunia. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain