suria

India pecah rekod dunia, catat kelahiran 60,000 bayi sewaktu sambutan Tahun Baharu 2021

China menduduki tempat kedua dengan kelahiran 35,615 bayi.

INDIA menyaksikan jumlah kelahiran bayi paling tinggi di dunia sewaktu 1 Januari 2021.

Dengan jumlah mencecah 60,000 bayi, ia sekaligus memecahkan rekod dunia sempena Tahun Baharu kali ini.

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef), China menduduki tempat kedua dengan kelahiran 35,615 bayi.

Nigeria berada di kedudukan ketiga dengan 21,439 kelahiran diikuti Pakistan (14,151), Indonesia (12,336), Ethiopia (12,0060), Amerika Syarikat (10,312) dan Mesir (9,445).

Malah, Unicef menjangkakan 140 juta bayi bakal dilahirkan sepanjang tahun ini dengan purata jangka hayat selama 84 tahun. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain