suria

Pasangan dihantui misteri bangkai tikus, najis kuda dibuang depan rumah tanpa henti

Keadaan bangkai tikus yang dibuang depan rumah pasangan itu. -foto Jonny Walker/Facebook/Media Wales

SATU pasangan yang tertekan susulan gangguan mengerikan yang berterusan ke atas mereka.

Jonny dan Tyler Walker, yang tinggal di Merthyr di Wales, United Kingdom berkata, individu yang melakukan serangan itu bertindak membuang najis kuda dan jerami yang ditutupi rumput di luar rumah mereka selama berbulan-bulan.

Bukan sekadar itu, malah terdapat beberapa bangkai tikus yang dibuang di luar pintu rumah mereka, selain mesej kasar yang dihantar kepada ahli keluarga.

Menurut laporan Wales Online, Tyler yang merupakan jururawat berusia 26 tahun menyifatkan gangguan tersebut sebagai satu tekanan mental yang besar.

"Kami telah berpindah ke sini setahun lalu, walaupun rumah tersebut milik keluarga saya sejak kira-kira seabad lalu," kata Johny, yang merupakan petani berusia 30 tahun.

"Keadaan adalah baik untuk beberapa minggu, sehingga semua perkara ini berlaku," katanya.

Menurut laporan, tiada kerosakan jenayah yang dilakukan dan oleh itu polis menganggapnya sebagai masalah awam.

Menurut kenyataan dari polis South Wales, mereka menyedari perselisihan yang berlaku antara dua pihak, setelah menerima panggilan telefon dari kedua belah pihak mengenai perkara tersebut.

"Pegawai bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan keadaan yang berlaku," tambahnya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain