suria

Jarak usia 23 tahun, wanita bertemu jodoh dengan bapa kepada rakan baik sendiri

Jarak usia 23 tahun bukanlah halangan untuk pasangan ini berkahwin. Foto: Caters News Agency

MEMANG benar, jodoh itu rahsia Tuhan.

Sebagaimana kisah cinta wanita bernama Becki Price ini, dia sama sekali tidak menyangka bertemu jodoh dengan pasangannya, Blue, yang jauh lebih berusia dan paling tidak disangka, lelaki berkenaan adalah bapa kepada rakan baiknya sendiri.

Becki, 41, bertemu dengan Blue, 64, melalui rakan baiknya, Catherine, yang juga anak perempuan kepada lelaki berkenaan.

Sungguhpun jarak usia yang agak jauh, namun ia bukanlah penghalang untuk pasangan ini menoktahkan cinta mereka.

"Saya kehilangan beberapa rakan selepas memilih untuk bersama dengan Blue, kerana mereka merasa ia sesuatu yang pelik. Kami lebih bahagia daripada sebelumnya," kata Becki.

Pasangan ini berkahwin di Clearwell Castle di Coleford, Gloucestershire dengan diraikan lebih daripada 200 tetamu yang terdiri daripada rakan dan kaum keluarga.

Kini pasangan itu tinggal bersama-sama dengan anak-anak Becki yang berumur 15,19,22 dan 24 tahun. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain