SETIAP ibu pasti mahu menggembirakan anak masing-masing. Begitu juga dengan wanita ini yang bersungguh-sungguh menyediakan kek hasil air tangan sendiri sempena sambutan ulang tahun anak perempuannya. Anak perempuannya memilih kek 'buttermilk' berbentuk seekor itik daripada buku masakannya, dan memintanya untuk menyediakan kek berkenaan sempena ulang tahun ke-7 yang jatuh pada malam Krismas. Bagaimanapun, kek yang disediakannya itu langsung tidak sama seperti yang dikehendaki anaknya dan wanita berkenaan berkongsi foto lucu itu di Facebook. "Baiklah, jangan ketawa. Anak perempuan saya menyambut hari lahirnya yang ke-7 pada malam Krismas dan meminta sebiji kek berbentuk itik. "Dia tidak mahu kek buttermilk, jadi Woolies Mudcake berjaya menyelamatkan," tulis wanita berkenaan pada kapsyen gambar berkenaan. Dia turut memuat naik gambar kek hari jadi yang dihasilkannya itu, yang nyata berbeza sama sekali dengan kek yang dikehendaki anaknya. Perkongsian wanita itu mencuit hati para netizen namun rata-ratanya memuji tindakan dan usaha kerasnya untuk memenuhi permintaan anak perempuanya itu. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!