GARA-GARA sudah kurus, seorang wanita disangka sebagai perempuan simpanan kepada suaminya sendiri. Sarah Buchanan mengamalkan diet sehingga dia kehilangan berat badan sebanyak 63 kilogram dalam tempoh 15 bulan. Perubahan saiz tubuhnya itu membuatkan rakan-rakannya tidak dapat mengecam dirinya ketika terserempak dengannya di luar. Pembantu penjagaan kesihatan berusia 33, tahun itu berkata: "Saya dan suami, Daniel sedang menunggu ayah saya datang menjemput. Rakan saya terlihat dan menyangka Dan mempunyai wanita lain di sisinya. "Kemudian dia menyedari wanita itu adalah saya. Itu sungguh lucu. Ya, suami saya mempunyai seorang 'wanita' baharu," katanya berseloroh. Menurut ibu kepada empat anak ini, dia mula mengamalkan diet selepas didiagnosi menghidap diabetes dan mungkin perlu menjalani pembedahan pintasan gastrik pada 2019. Sementara itu suaminya, Daniel pula berkata,"Saya merasa seperti mendapat isteri baru. “Dia kelihatan sangat berbeza sehingga orang menyangka dia wanita lain. Cukup lucu. Saya sangat bangga dengannya," kata lelaki tersebut. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!