KETUA Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono mengesahkan lokasi dua kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada petang Sabtu, telah dikenal pasti. Penemuan bukti penting itu berakhir selepas hampir satu hari misi pencarian dilakukan. Sementara itu, Ketua Tentera, Hadi Tjahjanto pula berharap agar kotak hitam pesawat berkenaan dapat diambil segera. Kotak hitam berkenaan diharapkan dapat mengungkap punca nahas pesawat yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu. Pesawat tersebut terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, ketika melalui Kepulauan Seribu. Pesawat tersebut menjunam ke dalam laut selepas empat minit berlepas dari lapangan terbang berkenaan. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!