suria

Bengang dapat duit tip sedikit, pekerja penghantaran bawa pulang makanan yang dipesan pelanggan

Pekerja penghantaran wanita itu pulang bersama makanan yang dipesan pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan duit tip yang diberikan.

BENGANG apabila pelanggan memberikan duit tip yang sedikit, seorang pekerja penghantaran wanita enggan memberikan makanan yang dipesan, malah dia membawa pulang makanan tersebut bersamanya.

Menerusi rakaman satu video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di YouTube, pekerja penghantaran tersebut mahu bersemuka dengan pelanggannya ketika dia menghantar makanan itu ke alamat sebuah rumah di Smithtown, New York.

Ketika bercakap dengan kamera di kediaman itu, pekerja penghantaran itu berkata: "Saya tidak fikir anda menyedari mengenai jarak. Saya rasa anda boleh datang dan melihat sendiri. Saya memandu 40 minit dan jaraknya sangat jauh.

"Adakah anda sedar sejauh mana restoran yang anda pesan itu terletak di Commack dan anda berada di Smithtown?"

Pelanggan berkenaan hanya menjawab daripada dalam kediamannya, dan menyatakan dia sudah memberikan duit tip kepada pekerja penghantaran itu.

"Apa yang kamu mahu? Saya memberikan tip £5.90 (RM32)," jawab pelanggan berkenaan.

Pertengkaran itu berakhir apabila pekerja penghantaran berkenaan berlalu pergi dan membawa bersamanya makanan yang dipesan pelanggan terbabit.

Klip video tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada netizen, namun rata-ratanya mendakwa lokasi di antara restoran dan kediaman pelanggan itu hanya sejauh 15 minit pemanduan kereta. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain