ORANG awam yang melalui sebuah taman di Xinxiang, China tidak dapat menyembunyikan rasa hiba apabila melihat seekor anjing menggigit sekeping nota memohon sahabat baiknya dikembalikan. Anjing bernama Maomao itu sebelum ini sering bermain bersama seekor anjing milik jirannya yang bernama Doudou. Kedua-dua haiwan baka Golden Retriever itu merupakan sahabat karib yang tidak dapat dipisahkan, sehinggalah Doudou dicuri oleh seorang lelaki pada bulan lalu. Dalam usaha untuk mencari Doudou, seorang lelaki bernama Shao memuat naik klip video di internet yang memaparkan Maomao menggigit sekeping nota di taman berkenaan. Shao juga memuat naik satu klip video kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan insiden ketika Doudou dicuri. Klip video berkenaan menjadi tular dengan rata-rata netizen begitu tersentuh dengan aksi Maomao dan mereka juga berharap agar Doudou dapat kembali segera dengan selamat. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!