suria

Ibu trauma lihat lengan bayi digigit tikus besar depan mata, ambil keputusan pelihara kucing sebagai ‘penyelamat’

Lengan Rowan cedera gara-gara digigit seekor tikus besar. Foto: SWNS

SEORANG ibu berdepan dengan trauma selepas mendapati lengan bayinya cedera akibat digigit oleh tikus besar ketika sedang tidur berseorangan.

Menceritakan kembali insiden yang berlaku pada November tahun lalu, Jane Hunter berkata dia terjaga kira-kira pukul 4 pagi selepas terdengar bayinya, Rowan, yang berusia 18 bulan ketika itu, menangis dengan kuat.

Jane bergegas ke bilik tidur Rowan sebelum terlihat seekor tikus besar sedang menggigit tangan anaknya itu.

Ibu berusia 34 tahun itu segera mengusir haiwan berkenaan dan membawa bayinya ke hospital selepas mendapati cadarnya penuh dengan tompokan darah, selain terdapat tiga kesan gigitan di lengan kanan.

Jane yang tinggal di sebuah rumah ladang dan menternak kuda berkata, dia sebelum ini pernah beberapa kali ternampak tikus namun ia bukanlah sebesar tikus yang mencederakan bayinya.

Sejak insiden itu, dia memelihara seekor kucing bernama Buttons sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain