SEORANG model Playboy akhirnya memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman ramai ekoran merakam foto separuh bogel di Turki. Foto kontroversi Marisa Papen yang diambil dua tahun lalu memaparkan model tersebut berdiri di luar Hagia Sophia dengan berjubah hitam, sambil menunjukkan alat sulitnya. Gambar tersebut mencetuskan kemarahan penduduk Turki memandangkan Hagia Sophia merupakan mercu keagamaan yang kini sudah bertukar status menjadi masjid. Menerusi catatan blog, model tersebut menerangkan tindakannya ketika itu adalah sebagai menunjukkan protes terhadap kezaliman agama. Namun ketika ini dia berubah hati dengan pendiriannya dua tahun lalu yang cuba menghantar mesej tersendiri menerusi foto berkenaan. Marisa baru-baru ini memohon maaf kepada rakyat Turki, di mana dia juga dilaporkan berkemungkinan berdepan dengan hukuman penjara susulan tindakannya terlibat dalam sesi fotografi berkenaan. "Kepada pihak yang mungkin tersinggung dengan pernyataan artistik saya, saya minta maaf," katanya. Walaupun mendapat kritikan ramai, Marisa tidak merancang untuk 'bersara' daripada merakam gambar bogel dalam masa terdekat. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!