SESIAPA yang berusaha pasti akan berjaya. Begitulah juga kisahnya mengenai seorang pekerja salon ini apabila dia meraih pendapatan luar biasa menerusi perniagaan dalam talian yang diusahakan. Sejak Covid-19 melanda, Ben Gulliver mula menjalankan perniagaan dalam talian dari bilik tidur kediamannya di London. Dia menjual pelbagai peralatan senaman dan juga produk DIY menerusi platform Amazon sehingga meraih rekod jualan lebih AS$1 juta (RM4.4 juta) pada usia 20 tahun. Pada awalnya, dia berniaga peralatan mencuci gigi yang dibekalkan dari China. Malah, dia turut merancang membuka syarikat sendiri tidak lama lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!