KEPULANGAN seorang pesara berusia 85 tahun menggemparkan keluarganya selepas sembilan hari dimaklumkan bahawa wanita itu dikebumikan. Kejadian berpunca daripada kesilapan identiti pada nama pesakit menyebabkan Rogelia Blanco dikatakan maut akibat Covid-19, pada 13 Januari lalu. Menurut laporan akhbar Sepanyol, La Voz de Galicia, jasad Rogelia dikebumikan keesokan hari mengikut protokol di mana keluarga pesakit Covid-19 tidak dibenarkan hadir pada upacara pengebumian. Namun, kepulangan Rogelia dalam keadaan sihat ke rumah jagaan di Xove, utara Sepanyol pada Sabtu lalu, mengundang sebak suaminya. Suami Rogelia, Raman Blanco yang turut tinggal di rumah jagaan itu tidak menyangka wanita yang berkongsi bilik dengan Rogelia yang sebenarnya meninggal dunia. "Saya seperti tidak percaya. Saya menangis selepas kematian isteri saya," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!