SEORANG bapa kepada tiga anak maut selepas tertimbus dalam lubang ketika cuba menyelamatkan anjingnya, menurut pendengaran inkues mengenai kematiannya. Gary Davies, 36, dihempap tanah runtuh ketika cuba menyelamatkan anjingnya yang terperangkap. Petani itu diselamatkan dari lubang oleh pasukan kecemasan. Menurut pendengaran inkues, dia bagaimanapun meninggal dunia lima hari kemudian di hospital. Siasatan mengenai kematiannya dibuka pada Jumaat apabila polis menjalankan siasatan terhadap tragedi tersebut. Mangsa berada di Ladang Gorse di St Harmon, Rhayader, Mid Wales, United Kingdom ketika tragedi berlaku pada 11 Januari. Kejadian bermula apabila haiwan peliharaannya hilang, sebelum petani itu mula mencarinya. Bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan pada otak. Siasatan bagaimanapun sedang berjalan. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!