SEORANG isteri yang mencurigai suaminya bersikap curang selepas melihat gambar bersama 'wanita muda' ditahan selepas bertindak menikam pasangannya. Majalah Yucatan melaporkan wanita itu yang hanya dikenali sebagai Leonora N menikam suaminya menggunakan pisau. Tanpa usul periksa, dia kemudian mendapati wanita di dalam gambar tersebut sebenarnya adalah dirinya sendiri. Leonora dari Cajame di Mexico ditahan kerana menikam suaminya yang hanya dikenali sebagai Juan N, menggunakan pisau selepas melihat gambar di dalam telefon bimbit. Juan bernasib baik kerana dapat melarikan diri daripada serangan ganas isterinya dan menjelaskan bahawa gambar yang dijumpai Leonora sehingga mencetuskan kekecohan itu diambil beberapa tahun lalu. Gambar-gambar lama tersebut, dirakamkan ketika suami isteri itu pertama kali keluar dating, yang kemudian disimpan Juan secara digital di dalam telefon bimbitnya. Leonora dilaporkan tidak mengenali dirinya sendiri berikutan wanita dalam gambar itu kelihatan lebih muda, kurus dan memakai mekap. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!