suria

Trend sapu ‘krim besarkan kemaluan’ pada bibir jadi ikutan di TikTok, pakar beri amaran

Video Jerrybmaldonado di TikTok menerima lebih 3.5 juta tontonan.

TIDAK masuk akal.

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan satu trend di aplikasi TikTok yang mana ramai individu membuat video sedang memakai krim membesarkan kemaluan pada bibir mereka.

Difahamkan, trend itu dimulakan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Jerrybmaldonado.

Dalam video asal, hasil sapuan berkenaan membolehkan bibirnya kelihatan membesar dan munggil dalam tempoh singkat.

Biarpun kesannya hanya sementara, ia tetap dikecam sehingga mendapat perhatian pakar perubatan.

Menurut pakar, Jerry tidak sepatutnya menggunakan platform itu untuk memberi mesej salah mengenai krim berkenan.

Malah, ia juga boleh menyebabkan kesan alahan serta beberapa kesan lain yang tidak bagus untuk bibir manusia.

Untuk rekod, video asal oleh jejaka itu juga sehingga kini sudah meraih 3.5 juta tontonan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain