suria

Gunung Merapi meletus lagi, muntahkan lava sejauh 1,500 meter

Gambar menunjukkan Gunung Merapi memuntahkan debu dan lava pada Rabu. Foto: AFP

GUNUNG Merapi, iaitu gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus lagi pada Rabu (27 Januari) dengan mengalirkan lava sehingga sejauh 1,500 meter (4,900 kaki) di lerengnya.

Ini adalah aliran lava terpanjang di Gunung Merapi sejak pihak berkuasa menaikkan amaran tahap bahaya gunung berkenaan pada November, kata Hanik Humaida, Ketua Pusat Mitigasi Vulkanologi dan Geologi Yogyakarta.

Amaran waspada masih dikekalkan di tingkat kedua pada ketika ini, katanya, dan penduduk sekitar disarankan untuk berada di luar zon bahaya sejauh lima kilometer.

Ujarnya, pihak berkuasa Jawa Tengah dan Yogyakarta sedang memantau rapat situasi berkenaan.

Kali terakhir Merapi merekodkan letusan besar adalah pada tahun 2010 yang mengorbankan 347 orang. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain