LAIN manusia, lain ragamnya. Begitulah juga dengan seorang lelaki tidak dikenali ini apabila tindakannya mencetuskan kekecohan di London, baru-baru ini. Menerusi posting tular, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan bogel selamba berjalan di kawasan awam di kota popular itu. Malah, dia juga tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan perbuatannya itu. Berlaku pada Ahad, polis sehingga kini masih lagi memburu identiti lelaki berkenaan. Dia sehingga kini gagal ditemui selepas melarikan diri sejurus ketibaan pihak berkuasa di lokasi kejadian. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!