suria

Cara unik kitar semula makanan, wanita guna kubis sebagai bikini

Wanita itu memiliki 67,000 pengikut di Instagram.

SEORANG model Instagram tampil dengan bikini yang diperbuat daripada kubis.

Wanita dari Brazil dikenali sebagai Cassa Mello itu berkata, ia merupakan hasil inspirasi kostum daging yang dipakai oleh penyanyi Lady Gaga pada 2010.

"Saya menggunakan dua kubis untuk menutup bahagian atas dan bawah badan saya.

"Ia kelihatan hebat. Saya juga sanggup untuk pakai di pantai dan ia boleh dimakan juga.

"Ia satu cara untuk kitar semula makanan dan tidak merosakkan alam," ujarnya.

Wanita itu memiliki 67,000 pengikut di Instagram. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain