suria

Perth laksana perintah sekatan 5 hari gara-gara satu kes Covid-19 dikesan

Penduduk Perth perlu 'berkurung' selama lima hari susulan satu kes Covid-19 dikesan. Foto: EPA

WILAYAH Barat daya Australia melaksanakan perintah sekatan selama lima hari di Perth selepas pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin disahkan positif virus Covid-19.

Dianggarkan kira-kira dua juta penduduk di Perth perlu 'berkurung' di rumah bermula petang Ahad, di mana sesi persekolahan yang sepatutnya bermula Isnin ditangguhkan.

Perdana Menteri Australia Barat, Mark McGowan, berkata arahan tersebut berkuat kuasa bermula 6 petang Ahad.

Penduduk hanya dibenarkan keluar untuk keperluan kesihatan serta untuk membeli makanan, dan dibenarkan bersenam sekitar kawasan perumahan.

Pihak berkuasa percaya lelaki itu dijangkiti virus daripada pengembara yang dikuarantin di sebuah hotel di bandar keempat terbesar di Australia itu.

Pengembara itu mungkin terkena varian baharu virus itu yang dipercayai boleh menular dengan cepat berbanding strain Covid-19 sebelum ini. - Theguardian.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Perth, Covid-19, sekatan lima hari

Artikel Lain