suria

Google Maps tak sengaja rakam gambar pasangan berbogel di pantai

Paparan Google Maps Street View di pantai Tulum, Mexico memaparkan dua individu sedang berbogel.

SEJAK tahun 2005, Google Maps menjadi alat untuk panduan navigasi di seluruh dunia.

Selain membawa anda dari satu destinasi ke destinasi yang lain, ia juga sering memaparkan imej yang tidak disangka-sangka.

Terbaharu, paparan Google Maps Street View di pantai Tulum, Mexico memaparkan dua individu sedang berbogel.

Difahamkan, pasangan itu sedar akan kehadiran kamera pihak Google sewaktu pemetaan dibuat.

Secara selamba, mereka berbogel dan membiarkan diri mereka dirakam.

Dalam pada itu, Google mengikut polisi mereka tidak mendedahkan identiti pasangan itu.

Malah, sebahagian tubuh pasangan itu turut dikaburkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain