SEORANG lelaki yang tidak menghiraukan pandemik Covid-19 akhirnya maut akibat dijangkiti virus itu. Sebelum ini, dia enggan memakai pelitup muka dan kerap kelaur melepak bersama kawan tatkala ramai insan lain duduk di rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Gary Matthews yang berasal dari Shrewsbury, Shropshire, England disahkan positif wabak itu sebelum meninggal dunia pada 13 Januari lalu. Berusia 46 tahun, dia sebelum ini menganggap Covid-19 sebagai satu konspirasi kerajaan semata-mata. Difahamkan, dia menyangka dirinya terkena serangan asma sebelum disahkan positif wabak itu. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!