SEORANG lelaki di Malawi di Afrika maut selepas melakukan hubungan intim dengan seorang pekerja seks. Berdasarkan bedah siasat, punca kematian lelaki itu disebabkan oleh 'orgasme yang melampau'. Lelaki berusia 35 tahun itu, tidak sedarkan diri selepas melakukan hubungan intim bersama seorang wanita di bandar. Dia meninggal dunia sejurus melakukan perkara itu. Menurut laporan Daily Star, pekerja wanita tersebut memutusukan untuk membuat laporan polis selepas berbincang dengan rakan-rakan sekerja. Kematian mangsa disahkan selepas pasukan polis dan petugas kesihatan dari pusat kesihatan Migowi menjalankan bedah siasatan ke atas mayat. Menurut laporan bedah siasat, punca kematian disebabkan 'orgasme melampau' yang mengakibatkan saluran darah dalam otak pecah. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!