suria

Anak sedar ibu masih hidup beberapa saat sebelum dimasukkan ke dalam tempat pembakaran mayat

Seorang wanita menyedari ibunya masih hidup beberapa saat sebelum mayatnya dibakar. Gambar hiasan

SEORANG warga emas yang diisytiharkan meninggal dunia nyaris dimasukkan ke dalam tempat pembakaran mayat sebelum anak perempuannya menyedari bahawa ibunya itu masih hidup.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah bandar di wilayah utara Argentina.

Menurut akhbar Diario Norte, warga emas berusia 89 tahun itu telah dimasukkan ke sebuah klinik swasta pada 23 Januari kerana serangan jantung.

Ketika anak perempuannya yang berusia 54 tahun datang ke klinik tersebut keesokan harinya, dia diberitahu oleh kakitangan bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat 'cardiac arrest' (jantung berhenti) dan dia diberi sijil kematian.

Semasa pengebumian, anak perempuan warga emas itu menyedari bahawa ibunya mempunyai tanda-tanda masih hidup ketika hendak dimasukkan ke tempat pembakaran.

Wanita itu dengan segera memberitahu pekerja untuk menghentikan pembakaran.

Warga emas berkenaan kemudian dikembalikan ke klinik swasta dan diletakkan dalam rawatan intensif.

Anak perempuannya telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa tempatan, di mana mereka memberi jaminan akan menjalankan siasatan penuh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain