POLIS memburu seorang individu yang tidak mempercayai Covid-19 dan berhadapan dengan pegawai perubatan di hospital, dan mengatakan mahu membawa seorang pesakit Covid-19 warga emas pulang ke rumah. Menerusi satu rakaman menunjukkan kejadian berlaku di Hospital East Surrey, apabila seorang lelaki menuduh mereka menjadikan pesakit warga emas sebagai 'tebusan'. Polis berkata, kata-kata kesat dilemparkan terhadap kakitangan hospital selepas sekumpulan individu memasuki ke unit rawatan rapi (ICU). Antara mereka dalam kumpulan itu tidak memakai pelitup muka. Polis Surrey berkata, Tobe Hayden Leigh, 45, dari Maidstone di Kent, dikehendaki kerana dikaitkan dengan insiden kekecohan yang berlaku pada Khamis. Rakaman tersebut menjadi tular, menunjukkan seorang doktor memberi amaran kepada pesakit warga emas bahawa nyawanya terancam apabila tahap oksigennya pada tahap rendah. Menolak cubaan doktor berusaha untuk membantu, kedengaran seorang lelaki mempersoalkan kewujudan Covid-19. Seorang doktor memberitahu kumpulan itu yang mahu membawa pesakit pulang: "Keutamaan saya adalah keselamatannya dan pada masa ini anda menjadikannya tidak selamat. "Dia mengeluarkan topeng oksigennya, dia akan mati jika kita tidak menggunakannya kembali." Seorang lelaki memberitahu doktor bahawa warga emas itu boleh dirawat dengan vitamin C, vitamin D dan zink. Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut dan memburu lelaki berkenaan. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!