suria

Kualiti sperma terjejas gara-gara dijangkiti Covid-19?

Namun kata pakar dalam penyelidikan itu, ia masih belum dapat dibuktikan lagi. FOTO: AFP.

SATU kajian mendedahkan virus Covid-19 berkemungkinan boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki.

Dedah kajian itu, Covid-19 didakwa boleh menyebabkan peningkatan kematian sel sperma, keradangan dan tekanan oksidatif.

Pendedahan itu diterbitkan menerusi jurnal Reproduksi pada Jumaat.

"Penemuan ini memberi bukti eksperimen secara langsung yang pertama bahawa sistem pembiakan lelaki boleh menjadi sasaran dan dirosakkan oleh Covid-19," kata penulis.

Namun kata pakar dalam penyelidikan itu, ia masih belum dapat dibuktikan lagi.

Ia kerana Covid-19 pada dasarnya menyebabkan penyakit berkaitan pernafasan, terutama pada orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain.

Analisis itu dibuat selama 60 hari melibatkan sperma 84 lelaki yang dijangkiti Covid-19 yang mana ia dibandingkan dengan sperma 105 lelaki yang sihat dan tidak dijangkiti virus itu. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain