suria

Jalin hubungan terlarang, lelaki hamilkan adik sendiri dipenjara 32 bulan

Peristiwa itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi sehingga dia dewasa.

SEORANG lelaki dipenjara 32 bulan gara-gara menghamilkan adik perempuannya sendiri.

Menerusi pendedahan kes yang berlaku pada tahun 1990-an itu, lelaki berkenaan beberapa kali melakukan hubungan terlarang dengan adiknya yang masih remaja.

Selain hamil, peristiwa itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi sehingga dia dewasa.

Pada waktu itu, pelaku berusia 20-an.

"Dia abang saya. Saya sayangkan dia. Kini saya mengasingkan diri dan tiada keluarga.

"Ia kekal dalam minda saya selamanya. Ia merosakkan hidup saya," kata mangsa sebagaimana disebut dalam laporan kes.

Imbas hakim, Hilary Manley, kes lama itu disifatkannya sesuatu yang cukup tragis.

Dedahnya lagi, kes itu berlaku di Manchester dan berlarutan dalam tempoh lama sehinggalah mangsa berani untuk membuka mulut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain