suria

Wanita meninggal dunia 8 hari selepas bersalin, anak diberi nama ‘Love’

Salina Shaw meninggal dunia selepas lapan hari melahirkan seorang bayi perempuan.

BAYI kecil yang diberi nama Love ini baru sahaja kehilangan ibunya akibat Covid-19.

Lebih pilu, wanita itu, Salina Shaw, meninggal dunia selepas lapan hari melahirkan Love.

Menurut suaminya, Abdul Bangura, dia sama sekali tidak menyangka isterinya akan terkena jangkitan virus berkenaan.

"Apabila saya bawa dia ke hospital, saya fikir dia ada jangkitan dalam dada. Kematian itu berlaku cepat sangat.

"Satu saat kamu gembira, melayari detik kehamilan isteri dan teruja untuk menjadi bapa, tiba-tiba semua berubah," ujarnya yang menetap di United Kingdom.

Menurut lelaki itu lagi, isterinya merupakan seorang wanita yang hebat.

Malah, jurulatih kecergasan itu juga berkata, dia pastinya bakal merindui isterinya buat selama-lamanya.

"Saya akan menjadi bapa yang hebat, tapi ia pastinya sukar tanpa dia di sisi," ujarnya lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain