suria

Budak 11 tahun ditemui mati dalam tong di bilik bawah tanah, ibu tiri didakwa dera, racun mangsa

Mayat Roman Lopez ditemui di bilik bawah tanah di rumah keluarganya. foto Placerville Police Department

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun ditemui mati di dalam tong simpanan di bilik bawah tanah kediaman keluarganya.

Kanak-kanak itu didapati kelaparan dan mengalami dehidrasi.

Roman Lopez ditemui mati di Placerville, California di Amerika Syarikat (AS), pada Januari 2020 ketika serbuan polis dilakukan.

Laporan bedah siasat memperincikan keadaan fizikal mangsa yang mengerikan, dan polis dilaporkan mendakwa ibu tiri mangsa meletakkan racun di dalam air minumannya,

Polis Placerville mengesahkan Lindsey Piper, 38, dan bapa mangsa, Jordan Piper, 36, ditahan dan didakwa melakukan penderaan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak itu.

Menurut laporan Crime Online, Lindsey juga didakwa kerana meracun mangsa.

Sementara itu, Jordan yang merupakan bapa kandung mangsa turut berdepan pertuduhan kerana gagal menyediakan perlindungan untuk anak. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain