PADA usia 14 tahun, gadis ini menjadi mangsa buli di sekolahnya. Akhirnya, Belle Delphine, gadis Afrika Selatan yang menetap di Lymington, Hampshire itu mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Enam tahun kemudian, dia kini menjadi bintang sensasi di internet dengan memiliki 1.95 juta subscribers di YouTube. Malah, dia turut memiliki ramai pengikut di Insatgram, Twitter dan Twitch. Setelah menyertai OnlyFans, dia turut meraih pendapatan lumayan dengan menghasilkan foto-foto seksi sehingga bergelar jutawan. Namun, penghasilan content dewasa itu turut menyebabkan dia dikecam. Namun katanya, dia menafikan tanggapan orang ramai bahawa sesetengah foto yang dihasilkan menjurus ke arah jenaka berkaitan rogol. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!