suria

Luar biasa! Pesakit Covid-19 akhirnya berjalan buat pertama kali sejak Mac 2020

Jason dapat berjalan buat pertama kali sejak Mac 2020. foto Sue Kelk/ SWNS

SATU momen yang cukup luar biasa menyaksikan seorang pesakit Covid-19 di United Kingdom, akhirnya dapat berjalan buat pertama kali sejak Mac tahun lalu.

Jason Kelk, 49, tabah melawan kesan panjang Covid-19 itu selama 10 bulan.

Virus itu telah merosakkan paru-paru dan buah pinggangnya, menyebabkan dia tidak dapat berjalan sendiri pada Mac tahun lalu.

Namun, menerusi rakaman video yang menyentuh emosi, menunjukkan Jason mengambil langkah tentatif pertamanya di wad rawatan rapi, sambil diiringi oleh beberapa kakitangan hospital yang selama ini menyokongnya untuk pemulihan itu.

Isterinya Sue Kelk, 63, berkata, dia berbangga dengan suaminya yang pertama kali dapat berjalan pada Rabu sejak dimasukkan ke hospital.

Jason dimasukkan ke Hospital St James di Leeds di West Yorks, pada 31 Mac 2020.

Sue berkata, keadaan suaminya yang tidak dapat pulih dan tidak dapat berjalan selama hampir setahun, menimbulkan persoalan para doktor.

Dia bagaimanapun berasa amat bangga menyaksikan momen yang luar biasa itu apabila suaminya akhirnya dapat berjalan buat pertama kali.

Terdahulu, Jason dimasukkan ke hospital pada 31 Mac 2020 selepas dijangkiti Covid-19, dan keadaannya bertambah buruk sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 3 April sehingga kini. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain