suria

Tragis! Pengantin lelaki maut ditembak oleh tetamu dalam majlis perkahwinan sendiri

Radu (kiri), maut ditembak pada majlis perkahwinannya sendiri. Foto: Newsflash

SEORANG pengantin lelaki meninggal dunia serta merta selepas ditembak oleh tetamu pada majlis perkahwinannya sendiri.

Dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah perkampungan di Vlasovo, Rusia, pada 22 Januari lalu, abang kepada pengantin lelaki tersebut turut ditembak mati.

Majlis perkahwinan besar-besaran tersebut berlangsung dengan meriah di mana pasangan pengantin diraikan dalam adat perkahwinan tradisional Rusia.

Namun pada hari kedua majlis berkenaan, pengantin lelaki, Radu Cordinianu, 34, dan abangnya Philip Cordinianu, 36, mati ditembak ekoran berlaku pertengkaran antara Radu dan dua orang tetamunya, Alexey D. dan Vladimir D.

Suspek yang juga pasangan adik beradik, telah diundang ke majlis berkenaan oleh pengantin perempuan.

Menurut laporan laman berita Life, kedua-dua suspek berjaya ditahan pada keesokan harinya di Moscow.

Sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan