suria

Wanita tak segan tanggalkan gigi palsu di TikTok demi beri kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah

Faith Hill menanggalkan gigi palsu untuk tatapan pengikut di TikTok semata-mata demi memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah

SEORANG wanita muda tidak segan silu menanggalkan gigi palsunya untuk tatapan pengikut di aplikasi TikTok, demi memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Berkongsi cerita dan pengalamannya di aplikasi berkenaan, Faith Hill, 22, yang berasal dari Missouri berkata dia ketagihan terhadap dadah jenis methamphetamine selama enam tahun.

Dalam tempoh itu, cerita Faith, dia kehilangan berat badan dengan mendadak.

Bukan itu sahaja, ketagihannya terhadap bahan terlarang itu juga menyebabkannya kehilangan rakan karib.

Lebih memburukkan keadaan, giginya mulai rosak dan akhirnya tidak dapat diselamatkan, menyebabkan kesemuanya terpaksa dicabut.

"Saya langsung tidak menjaga gigi. Saya fikir saya melakukannya, tetapi tidak. Dan ia menyebabkan banyak kerosakan, banyak yang reput banyak dan akhirnya terpaksa dicabut semuanya," kata Faith.

Dalam satu klip yang mencatatkan jutaan tontonan, Faith tanpa segan menanggalkan gigi palsu dan melemparkan senyuman sambil berkata: "Ini seperti senyuman kosong, tidak ada apa-apa di dalamnya".

Ribuan orang memuji Faith pada ruangan komen kerana berkongsi kisah yang penuh dengan inspirasi dan memberi kesedaran kepada orang ramai. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan