SEORANG wanita hamil yang mempercayai mengenai Covid-19 merupakan satu teori konspirasi menarik balik dakwaan tersebut selepas dirinya dijangkiti viru itu. Tori Howell dari Forest of Dean di Gloucestershire, United Kingdom, mengakui dia sangat yakin wabak itu adalah tipu semata-mata, mula mengalami gejala virus itu pada Ahad. Tiga hari kemudian, Tori, yang hamil selama 22 minggu, disahkan positif Covid-19. Menurut laporan Gloucester Live, wanita berusia 28 tahun itu kini berada di bawah jagaan 'wad maya, dan keadaan paru-parunya dipantau. Tori, yang menghidap asma, berkata, dia tidak mahu Covid-19 menjangkiti sesiapa pun dan dia menarik balik kata-katanya mengenai Covid-19 selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat virus tersebut.. Terdahulu, dia percaya Covid-19 sekadar helah semata-mata kerana dia tidak mengenali sesiapa yang menghidapnya, dan kini meminta semua orang kekal berada di rumah untuk mengelakkan diri dijangkiti virus itu. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!