SEORANG lelaki dikesan mempunyai ketumbuhan (tumor) yang besar, menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi kuning. Keadaan aneh tersebut juga dipengaruhi dek gaya hidup lelaki tersebut yang merokok dan minum minuman beralkohol sejak bertahun-tahun lamanya sebelum ini. Lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Du dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Huai'an bagi mendapatkan rawatan. Doktor menemui dua ketumbuhan dengan salah satunya pada bahagian pankreas dan menyekat saluran hempedu lelaki itu. Gambar menunjukkan leher dan perut lelaki warga emas itu bertukar warna menjadi kuning pekat. Menurut doktor, ia berlaku kerana Du turut menghidap jaundis. Keadaan itu berpunca daripada gaya hidup Du sebagai seorang perokok tegar dan mengambil minuman beralkohol sejak lebih 30 tahun lalu. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!