suria

Jangkitan Covid-19 sebabkan ereksi tidak bertahan lama?

Beberapa doktor mendakwa jangkitan Covid-19 boleh mengakibatkan lelaki mengalami masalah ereksi. -gambar hiasan

BEBERAPA doktor mendakwa jangkitan Covid-19 boleh menyebabkan lelaki tidak dapat mengalami ereksi yang kuat.

Dr Axel-Juerg Potempa, seorang pakar urologi dan pakar kesihatan seksual, membuat dakwaan itu berikutan analisisnya mengenai kesan virus tersebut terhadap pesakit lelaki.

Beliau berkata, kira-kira 32 pesakit yang sedang dirawatnya menghadapi masalah ereksi berikutan jangkitan virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti sperma terjejas gara-gara dijangkiti Covid-19?

Tambahnya, kesemua pesakit berusia antara 31 hingga 69 tahun.

"Jangkitan ringan bukanlah jaminan bahawa seseorang itu akan terhindar dari kesan jangka panjang," kata Dr Potempa.

Doktor-doktor lain termasuk saintis Amerika Syarikat (AS), Dr Dena Grayson mempunyai pendapat yang sama.

Para saintis mengatakan disfungsi ereksi berasal dari keradangan vaskular yang disebabkan oleh virus, yang kebanyakannya berkaitan dengan trombosis dan strok.

Menurut Dr Potempa, vaskulitis atau keradangan saluran darah juga mengganggu aktiviti oksida nitrat yang diperlukan untuk pelebaran saluran dan ketahanan ereksi.

Nitrik oksida diperlukan agar otot-otot zakar berehat dan merupakan bahagian penting dari rantaian tindak balas kerana ia memastikan oksigen dipam ke dalam tisu sebelum ereksi berlaku.

"Covid-19 juga menghalang pembentukan hormon seks, testosteron dan dehydroepiandrosteron (DHEA)," tambah beliau. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain