suria

Bertarung nyawa lawan kanser 3 kali, remaja 17 tahun temui ajal selepas disahkan positif Covid-19

Aspen Deke meninggal dunia akibat Covid-19. foto Facebook/ Metro UK

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun yang menderita akibat penyakit kanser sebanyak tiga kali, maut akibat Covid-19.

Memberi penghormatan terhadap Aspen Deke, ibu bapanya menyifatkan anak mereka sebagai wanita muda yang bijak, baik hati, penyayang, pemaaf dan penyayang.

Pelajar sekolah tinggi dari Kansas City, Missouri di Amerika Syarikat (AS) itu pertama kali didiagnosi dengan leukemia limfoblastik akut pada usia empat tahun.

Keluarganya percaya dia pernah melalui saat yang paling sukar melawan penyakit dengan melakukan pemindahan sumsum tulang dan imunoterapi sel CAR-T.

Aspen disahlan positif Covid-19 pada November lalu, selepas ibu dan abangnya juga dijangkiti virus itu.

Remaja itu dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak Mercy Kansas City kerana mengalami demam panas dan tahap oksigen yang rendah.

Doktor meletakkannya dengan ventilator sebanyak dua kali, sebelum dia meninggal dunia dalam pangkuan ibu bapanya pada 31 Januari.

Aspen meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti Covid -19, berikutan penyakit kanser yang dihidapinya melemahkan sistem imun badannya. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain