suria

Bapa 3 anak maut akibat Covid-19, sehari selepas muat naik status ‘seminggu berehat dari kerja’

Kevin (kiri) disifatkan sebagai bapa penyayang dan kelakar. foto Family handout/ Mirror

SEORANG bapa kepada tiga anak memuat naik status secara dalam talian mengenai 'seminggu berehat dari kerja' selepas disahkan positif Covid-19.

Dia bagaimanapun meninggal dunia sehari selepas itu.

Pemandu bas, Kevin Woolley, 42, didapati positif Covid-19 pada 3 Januari selepas jatuh sakit selama beberapa hari.

Menerusi catatan di Facebook pada 2 Januari, dia menceritakan tentang batuk berlarutan yang dialaminya, hingga membuatkannya sukar untuk tidur pada waktu malam.

Namun, pada pukul 6.31 pagi waktu tempatan, Kevin dari United Kingdom menulis satu lagi status di Facebook dengan memuat naik keputusan ujian Covid-19nya yang positif.

Menurut laporan Wales Online, Kevin yang disifatkan sebagai seorang bapa yang penyayang dan kelakar, rebah di rumah dan meninggal dunia keesokkan harinya.

Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian, namun Kevin tidak dapat diselamatkan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bapa 3 anak, maut Covid-19, batuk, rebah,

Artikel Lain