suria

Mumia berlidah emas ditemui di Mesir, masih bersinar meskipun berusia 2,000 tahun

Mumia berlidah emas ditemui sekumpulan ahli arkoelogi di perkuburan Mesir Kuno. Foto: Getty Images/National Geographic/ Egypts Ministry Of Tourist and Antiquities

SEKUMPULAN ahli arkeologi yang menjalankan misi cari gali di sebuah tapak perkuburan Mesir Kuno, Taposiris Magna, terkejut apabila menemui mumia dengan lidah keemasan.

Mumia berusia sekitar 2,000 tahun itu ditemui bersama 15 mumia lain.

Pasukan ahli arkeologi itu percaya lidah si mati dikeluarkan sewaktu proses pengawetan dan diganti dengan 'lidah emas' yang mana ia sebahagian ritual kuno supaya si mati dapat berbicara dengan Tuhan kelak.

Kebanyakan mumia yang ditemui masih dalam keadaan baik dan mempunyai tengkorak, serta masih utuh, namun bahagian keemasan di dalam mulut salah satu mumia itu benar-benar menarik perhatian pasukan berkenaan.

Sementara itu pakar arkeologi berkata perkuburan kuno berkenaan mempunyai sejumlah mumia yang memakai topeng pengebumian yang diperbuat daripada batu marmar.

Mumia dengan lidah emas tersebut adalah penemuan terbaharu dalam misi carigali yang diketuai oleh University of Santo Domingo. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain