suria

Nelayan Thailand temui mutiara oren ‘rare’ bernilai lebih RM1 juta

Mutiara oren 'rare' yang dikatakan bernilai lebih RM1 juta. Foto: ViralPress

SEORANG nelayan menjumpai sebiji mutiara yang sangat jarang ditemui, bernilai hampir £250,000 (RM1,397,859).

Hatachai Niyomdecha, dari Thailand, sedang berjalan-jalan bersama keluarganya ketika dia melihat pelampung yang dibuang 'tersadai' di tepi pantai dekat wilayah Si Thammarat.

Lelaki berusia 37 tahun itu membawa pulang pelampung tersebut kerana terdapat tiga cengkerang yang menempel dan dia mahu mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Hatchai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada ayah mereka, Bangmad, 60, yang akhirnya menemui mutiara itu.

Terkejut dengan penemuan tersebut, Hatchai memberitahu isteri dan dua anak lelakinya sebelum mengetahui nilai sebenar mutiara berkenaan.

Tidak lama kemudian, keluarga tersebut mendapat tahu bahawa ia adalah mutiara yang sangat jarang ditemui, yang dikenali sebagai mutiara oren Melo.

Pakar memberitahu kepada keluarga bertuah itu bahawa nilai mutiara tersebut boleh mencecah £242,761 (RM1,357,383). - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain