suria

Pamer aksi lucah dengan buah-buahan di hadapan pelanggan, lelaki gila seks dipenjara

Dia turut melakukan perbuatan itu di hadapan pelanggan wanita dan kanak-kanak.

PADAH beraksi tidak senonoh di sebuah kedai, seorang lelaki gila seks akhirnya dijauthkan hukuman penjara.

Geoffrey Chambers, 66, dari Hereford, England dilihat menggosok buah-buahan dan sayur seperti labu kecil dengan gaya lucah sehingga mengganggu pengunjung sebuah kedai pada 12 Disember tahun lalu.

Malah, dia turut melakukan perbuatan itu di hadapan pelanggan wanita dan kanak-kanak.

Polis kemudiannya dipanggil ke lokasi kejadian sebelum dia ditahan untuk siasatan.

Perbicaraan pada Jumaat lalu akhirnya memutuskan dia dipenjara lapan bulan atas perbuatan berkenaan.

Untuk rekod, lelaki itu juga sebenarnya baru sahaja dibebaskan dari penjara, juga atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, dua bulan sebelum kejadian terbaharu pada Disember lalu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain