suria

Pesakit Covid-19 ada penyakit gusi berisiko maut 9 kali ganda?

Kajian mendapati pesakit Covid-19 berisiko lebih tinggi berdepan maut sekiranya mengalami penyakit gusi. -gambar hiasan

PESAKIT Covid-19 yang mengalami penyakit gusi sembilan kali berkemungkinan lebih berisiko berdepan maut, menurut satu kajian baharu.

Berdasarkan penemuan itu, pesakit Covid-19 juga tiga kali lebih cenderung untuk menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU) menggunakan ventilator sekiranya mereka menghidap periodontitis, sejenis penyakit gusi yang serius.

Pengarang bersama kajian tersebut, Profesor Lior Shapira, dari Hebrew University, Israel, berkata: "Hasil kajian menunjukkan bahawa keradangan di rongga mulut dapat membuka pintu kepada koronavirus menjadi lebih ganas.

"Penjagaan mulut harus menjadi sebahagian daripada nasihat kesihatan untuk mengurangkan risiko akibat Covid-19," kata beliau.

Kira-kira separuh penduduk dunia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap periodontitis, yang menyebabkan bengkak dalam dan sekitar gusi.

Jika tidak dirawat dengan baik, keradangan boleh merebak ke seluruh badan dan menjangkiti paru-paru.

Menurut saintis, pesakit Covid-19 yang menggunakan ventilator mungkin lebih mudah berisiko berikutan lebih cenderung menyedut bakteria mulut. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain