suria

Anjur parti dadah, nelayan Thailand temui mutiara oren ‘rare’ bernilai lebih RM1 juta ditahan polis

Mutiara oren Melo yang ditemui Hatchai bernilai £250,000 (RM1.39 juta). Foto: ViralPress

SEORANG nelayan Thailand yang menemui mutiara oren Melo bernilai £250,000 (RM1.39 juta) baru-baru ini, ditahan polis selepas didakwa menganjurkan parti dadah bagi meraikan kekayaannya.

Hatchai Niyomdecha, 37, menjemput rakan-rakannya ke rumah di Nakhon Si Thammarat, pada Jumaat lalu selepas ditawarkan jumlah wang berkenaan bagi mutiara yang ditemuinya itu.

Polis Thailand berkata, pihaknya merampas beribu-ribu pil methamphetamine di rumah nelayan itu ketika melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada jiran mengenai bunyi bising.

Polis merampas dua kotak yang mengandungi bahan tidak diketahui dan sebuah kotak mengandungi kira-kira 16,000 pil methamphetamine ketika melakukan serbuan di rumah nelayan itu.

Hatchai menafikan kotak itu miliknya namun polis menemui cap jari nelayan itu pada kotak berkenaan selepas menjalankan ujian forensik terhadap bungkusan terbabit.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan terhadap Hatchai susulan rampasan pil dadah berkenaan.

Nelayan tersebut menjadi tajuk utama media di seluruh dunia selepas menemui mutiara Melo yang juga dikatakan paling mahal di dunia, ketika mengutip cangkerang bersama keluarganya di sebuah pantai berhampiran rumahnya. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain