SEORANG ibu digemparkan dengan penemuan seekor labah-labah gergasi yang mempunyai 200 'telur' di trak mainan milik anaknya. Brooke Thorpe, dari Tasmania di Australia, berkongsi gambar yang mengerikan itu, sehingga disaksikan ribuan kali. Wanita itu berkata, anak saudara lelakinya berusia dua tahun membawa mainan itu dan anak lelakinya bermain dengannya pada Selasa. Walaupun kebanyakan orang dewasa berasa takut dengan labah-labah gergasi itu, anaknya tetap tenang malah cukup gembira dengan penemuan tersebut. Ahli Arachnologist, Dr Robert Raven, dari Muzium Queensland menganggarkan terdapat antara 100 dan 200 telur labah-labah, berusia antara dua hingga tiga minggu. Beliau berkata: "Ibu labah-labah memegang telur untuk merasakan sekiranya terdapat sebarang aktiviti di dalamnya. "Telurnya masih putih, jadi dia menjaganya dan ratusan anaknya sedang membesar," katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!