suria

Penyakit ‘misteri’... warga emas alami sendawa tak terkawal sejak 8 bulan lalu, doktor tak dapat kenal pasti punca

Michael mengalami sendawa luar biasa sejak lapan bulan lalu. Foto: SWNS

SEORANG bapa kepada dua anak menghidap penyakit 'misteri' di mana dia mengalami sendawa yang tidak terkawal.

Michael O'Reilly, 61, menderita keadaan itu sejak lapan bulan lalu.

Bekas pemandu teksi dari Erdington, Birmingham, itu berkata dia sudah cuba berjumpa doktor namun mereka sendiri tidak dapat mendiagnosis punca kepada masalah tersebut.

Michael pertama kali menyedari masalah berkenaan pada Jun tahun lalu.

Sejak itu, dia selalu bersendawa setiap beberapa minit.

Namun keadaan nampaknya menjadi semakin teruk, dengan bunyi sendawa yang dikeluarkan lebih kuat dan ganas.

"Ia seperti sedu kerana anda tidak dapat merasakan bila ia mahu berlaku, mereka hanya mengejutkan saya, dan ini jelas sekali satu mimpi buruk.

"Ia sangat sukar dijangka dan saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Setiap kali sedu, ia berlaku sekitar tiga saat. Saya hanya mahu ia berhenti kerana ia sangat membimbangkan saya," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain