suria

Tragis! Wanita kelahiran Malaysia kritikal, gadai nyawa selamatkan teman lelaki, rakan terperangkap dalam kereta terbakar di Tanjong Pagar

Raybe (kiri) mengalami lecur 80 peratus dan kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Singapura (SGH). Foto: The Straits Times/ANN

SEORANG wanita sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan teman lelaki dan rakan-rakannya yang terperangkap di dalam kereta yang sedang marak dijilat api, dalam satu kejadian di Tanjong Pagar, Singapura, pada Sabtu.

Raybe Oh Siew Huey, 26, yang bergegas menyelamatkan mangsa, mengalami lecur 80 peratus pada tubuh badannya.

Raybe, wanita kelahiran Malaysia yang juga bekas pramugari Singapura Airlines, kini sedang berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Singapura (SGH).

Saksi mengatakan bahawa kereta itu terbakar dalam beberapa saat sejurus kemalangan berlaku.

Difahamkan, kereta model BMW yang dipandu teman lelaki Raybe, Jonathan Long, 29, merempuh bahagian depan sebuah rumah kedai yang kosong dan terbakar sekitar 5.40 pagi.

Akira Chan, 21, yang juga rakan Raybe memberitahu wanita itu tidak berada di dalam kereta tersebut pada ketika itu, tetapi segera meluru untuk menyelamatkan teman lelaki dan rakan-rakannya.

"Dia cuba membuka pintu dan cedera ketika menghulurkan bantuan," katanya.

"Dia berusaha menyelamatkan teman lelakinya,"kata Chan.

Walaubagaimapun, teman lelaki Raybe maut di tempat kejadian bersama empat penumpang lelaki lain. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain