suria

Lelaki ‘stalk’ di Instagram sebelum pecah masuk rumah, curi seluar dalam mangsa

Jaheed membuat pengakuan menganggu mangsa, di Mahkamah Nottingham Crown. foto SWNS.com

SEORANG lelaki yang 'stalk' mangsanya di Instagram bertindak memecah masuk rumah sebelum mencuri seluar dalam milik mangsa.

Islam Jaheed, 26, mengganggu wanita itu selama berbulan-bulan untuk keluar bersamanya, tetapi mangsa berulang kali menolak ajakan itu.

Polis mendapati Jaheed, yang juga menggunakan nama Zaihid Alom, berterusan menghantar mesej-mesej yang menganggu mangsa.

Malah, suspek pernah mengekori mangsa ke sebuah bandar sejauh ratusan kilometer sebelum menghantar mesej memaklumkan dia berada di lokasi yang sama.

Dia turut mengugut untuk video kedua-dua mereka dan mengesan lokasi mangsa berdasarkan perkembangan di Instagram.

Jaheed ditangkap setelah dia menggunakan kunci untuk memasuki flat mangsa di Nottingham di United Kingdom ketika wanita itu sedang tidur, dalam satu kejadian pada 3 Mac tahun lalu.

Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian bersama seluar dalam milik mangsa, selepas mangsa terbangun dan menjerit.

Tindakannya itu bagaimanapun dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa kemudian memberitahu polis mengenai suspek telah menganggunya selama berbulan-bulan.

Jaheed membuat pengakuan menganggu mangsa, di Mahkamah Nottingham Crown, dan dihukum penjara selama setahun dan empat bulan. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain