SEORANG influencer mendakwa ramai lelaki merayu supaya menjualkan sel telurnya (ovum). Marcela Iglesias, yang juga dikenali sebagai 'Barbie Manusia' dikatakan mempertimbangkan untuk menjualnya sekiranya harganya berpatutan. Dia bagaimanapun tidak menjualnya pada harga murah kerana dia hanya menjualnya sekiranya setiap telur berharga AS$50,000 (RM202,166) sebiji. Ia bukanlah kali pertama Marcela didekati untuk membeli ovumnya, sama ada dalam kalangan individu yang tidak dikenali, malah rakan-rakannya juga. Seorang lelaki menghantar mesej: "Hello Marcela, saya telah lama mengikuti anda dan saya ingin membayar anda untuk membeli telur anda. "Anda sangat cantik secara semula jadi dan tidak melakukan pembedahan, dan saya mahu anak-anak saya kelihatan seperti anda." Marcela percaya sebab mengapa lelaki itu mendekatinya adalah kerana anaknya Rodrigo yang berusia 19 tahun. Dia mendakwa lelaki berkenaan telah melihat foto anak lelakinya yang masih remaja dan kagum dengan penampilannya yang semula jadi. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!