suria

Anjing jadi jutawan, pemilik tinggalkan wasiat lebih RM20 juta

Lulu kini berada di bawah jagaan rakan baik pemiliknya, Martha Burton.

SEORANG ahli perniagaan terlalu menyayangi anjing peliharaannya sehingga dia meninggalkan haiwan tersebut £3.6 juta (M20 juta) di dalam wasiatnya.

Bill Dorris selalu merasa bersalah kerana tidak menghabiskan banyak masa dengan anjingnya, Lulu kerana kerap berurusan ke seluruh AS.

Oleh itu, dia meninggalkan anjing kesayangannya yang berusia lapan tahun itu dalam jagaan rakan baiknya, Marta Burton.

Selepas Dorris meninggal dunia pada usia 84 tahun, Martha terus mengambil alih menjaga Lulu memandangkan ahli perniagaan itu tidak berkahwin.

Saluran berita Channel 5 melaporkan Lulu kini tinggal di rumah sederhana di Nashville, Tennessee bersama Martha.

Wasiat itu bertulis: "£3.6 juta akan dipindahkan ke dalam dana amanah yang akan dibentuk setelah kematian saya untuk keperluan Lulu."

"Dana ini adalah untuk memenuhi semua keperluan penjagaan Lulu. Ia akan tetap berada di bawah jagaan Martha Burton." - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

anjing jutawan, Bill Dorris, wasiat

Artikel Lain