suria

Masukkan anak tiri 2 tahun dalam tab mandi berisi air panas hingga menyebabkan kematian, wanita dipenjara 20 tahun

Anak kecil berusia 2 tahun ini menjadi mangsa penderaan ibu tirinya. Foto: Newsflash

TIDAK berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang wanita yang bertindak kejam apabila memasukkan anak tirinya yang berusia dua tahun ke dalam tab mandi berisi air panas, dalam satu kejadian di wilayah Jordan.

Anak kecil tersebut merupakan anak kepada suaminya melalui hubungan terdahulu.

Perlakuan kejam tersebut ekoran pertengkaran wanita itu bersama suaminya, di mana dia tidak berpuas hati selepas lelaki itu memintanya untuk menjaga dua anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Menurut fail mahkamah, dia memutuskan untuk 'membalas dendam' kerana dipaksa menjaga anak-anak suaminya.

Wanita itu hanya mengeluarkan anak kecil berkenaan selepas dia menangis, lantas membawanya ke hospital berdekatan.

Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dua minggu kemudian.

Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap wanita tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain